Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T. diatas keizinannya maka lahirlah blog ini, semoga dengan kehadiran blog ini dapatlah KRT-KRT seluruh Malaysia saling bertukar pendapat, pandangan serta cadangan bagi memajukan KRT Seri Kemunting amnya serta KRT seluruh Malaysia umumnya demi kebaikan bersama. Bagi pihak KRT Seri Kemunting, kami mengalu-alukan sebarang komen dari anda di luar sana.
INFORMASI
Skim Rukuntetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan berkuatkuasanya Peraturan-peraturan Perlu (Rukuntetangga 1975). Pada peringkat awal, ia berfungsi bagi mengawal keselamatan dimana rakyat sendiri mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Dengan tumpuan diberi kepada tugas Rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat yang berumur diantara 18 hingga 55 tahun.Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan kepada KONSEP KEJIRANAN yang bertujuan memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan di kalangan masyarakat setempat. Berikutan dengan itu, Peraturan Perlu (Rukuntetangga) 1975 telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dalam tahun 2000, pendekatan Rukuntetangga sekali telah dipinda dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu PEMBANGUNAN MASYARAKAT SECARA MENYELURUH ke arah mewujudkan Perpaduan Nasional.
VISI
MEMBANTU DALAM PEMBENTUKAN SATU BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU DALAM KONTEKS PENCAPAIAN WAWASAN 2020
MISI
MEMUPUK KESEFAHAMAN DAN TOLERANSI KE ARAH PEMBANGUNAN BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU SERTA BERIDENTITI SENDIRI
OBJEKTIF
MEMELIHARA, MENINGKAT DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN RAKYAT DAN INTEGRASI NASIONAL SELARAS DENGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN RUKUNEGARA MOTO BERSATU TERUS MAJU
No comments:
Post a Comment