Saturday, March 13, 2010

LAWATAN KRT TUNAS MAHKOTA PERMAI KE KRT SERI KEMUNTING



Pada 13/03/2010 Jawatankuasa KRT dan Jiranita Tunas Mahkota Permai, Kuantan yang ketuai oleh Encik Nazri Hj. Pendek, Timbalan Pengerusi Tunas Mahkota Permai telah mengadakan lawatan ke KRT Seri Kemunting, Kuantan. Lawatan ke KRT Seri Kemunting ini bertujuan merapatkan hubungan KRT Seri Kemunting dengan KRT Tunas Mahkota Permai. Dengan lawatan ini KRT Tunas Mahkota Permai dapat berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan KRT Seri Kemunting. Lawatan KRT Tunas Mahkota Permai ini merupakan lawatan kali pertama ke KRT Seri Kemunting ini. Majlis ini dimulakan dengan ucapan dan persembahan slaid berkenaan dengan aktiviti, misi, visi serta objektif oleh Encik Fauzi Ahmad, Pengerusi KRT Seri Kemunting, Kuantan. Selepas itu, ucapan oleh Timbalan Pengerusi KRT Tunas Mahkota Permai Encik Nazri Hj. Pendek. Selepas ucapan dan penyampaian cenderamata, rombangan dibawa melawat ke kawasan sekitar bagi melihat akviti-aktiviti yang dijalankan.
Ucapan terima kasih kepada KRT Tunas Mahkota Permai di atas lawatan ke KRT Seri Kemunting. Diharapkan KRT Tunas Mahkota bergembira dan berpuashati dengan lawatan ini. Semoga dengan lawatan ini meninggalkan seribu kenangan terindah dalam hidup semua. Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Saturday, March 6, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,
Salam Maulidur Rasul,

Pada 06/03/2010, bermula jam 2.00 petang maka berlansungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Seri Kemunting. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jiranita KRT Seri Kemunting.Penceramah jemputan yang diundang adalah Ustazah Rohani dari Sekolah Kebangsaan Sg. Isap. Tajuk Ceramah "Keperibadian Rasulullah S.A.W." Jazakumullah khairan kathira.

Friday, March 5, 2010

Al Fatihah...

UCAPAN TAKZIAH

Ucapan takziah untuk keluarga Al Marhum Haji Mohd Ali bin Yusof yg telah ke Rahmahtullah pada 2 Mac 2010... mari sama-sama kita mendoakan agar roh Al Marhum tenang dan dicucuri rahmat... marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Arwah.
Al Fatihah...

Perlawanan Bola Jaring Persahabatan


Salam Perpaduan,

Baru-baru ini KRT Seri Kemunting telah bertandang ke KRT Tunas Mahkota Jalan Gambang, Kuantan bagi memenuhi undangan Pengerusi Jiranita KRT Tunas Mahkota untuk mengadakan Pelawanan Persahabatan Bola Jaring. Perlawanan tersebut telah diadakan pada 27 Februari 2010, jam 5.30 petang dengan berkesudahan KRT Tunas Mahkota menewaskan KRT Seri Kemunting 46 berbalas 18. Semoga dengan perlawanan tersebut mempereratkan lagi tali silaturrahim di antara dua KRT ini. Tahniah diucapkan pada KRT Seri Mahkota.